Thursday 14 February 2013

Serangan "Tarik Mengkarung"


Salam dear ALL..semoga ALLAH sentiasa merahmati kita hendaknya...& Salam Jumaat jugak..~~

Sejak2 perut dah masuk fasa-fasa menunggu hari skrg ni mmg selalu la jadi "tarik mengkarung" ney..adoi...sakitnya ALLAH je la yg taw..

Mesti ramai jugak yg tertanya2 kn apa tu "Tarik Mengkarung"...okay, klu kat Kedah Jalapang Padi ney slalu panggil "Tarik Mengkarung" jee...if d negeri2 lain ada yg panggil "Simpul Biawak" / "Simpul Mengkarung" ...sama je mana2...sakitnya sama okay...

Macam aku ney, jarang jugak kena, tp entry ney bule terbit sebab semalam tetiba jadi..adoi laa...sakitnya..xleh nk gerak..jadi kat betis belah kanan...kol 4 pagi lak tu..nk kalih kejut hubby pn x mampu...sakit sgt2...mcm aku ney klu cuaca tu sejuk semacam je mmg konfem kena punya laa...x bule salah gerak cket...adoi laaa...


Okay2...kita balik ke majlis ilmu ehhh...


"Tarik Mengkarung" ni bole didefinasikan sbg kekejangan otot. Kekejangan berlaku disebabkan pengcutan otot secara x terkawal & bole berlaku bila-bila masa shj tidak kira di mana.



Keadaan ini berlaku sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral spt magnesium, pottasium, kalsium sodium & karbohidrat.








Kekejangan turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar. Dalam keadaan itu, kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan. Tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.



Bagaimanakah Cara Untuk Mengatasi dan Melegakan Kekejangan ini??


  • Bagi wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama. Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur.
  • Wanita hamil juga dinasihat menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.
  • Pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.
  • Tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.
  • Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.
  • Urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.
  • Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan.




Untuk info lebih lanjut, bole lawati link di bawah ni okay...~~



Utusan Online Klik di sini



Berita Harian Online Klik di sini




Sekian...~~ :)
























No comments:

Post a Comment